top of page

Pengenalan

Kokurikulum merupakan komponen wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar dan menjadi penentu kecemerlangan akademik pelajar. Tumpuan pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk melahirkan guru-guru permulaan yang berpengetahuan untuk menjadi jurulatih, pegawai/pengadil dan mengelolakan aktiviti kokurikulum apabila bertugas di sekolah kelak. Sehubungan itu, pensyarah penasihat digalakkan untuk menunjukkan usaha dan daya cipta sendiri bagi menghasilkan guru permulaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan memfokuskan kepada Kemahiran Asas,Kemahiran Kepegawaian, Kemahiran Kejurulatihan dan Kemahiran Kepengelolaan (4K) dalam aktiviti kokurikulum. 

​

Guru yang berkesan bukan sahaja berkemampuan menguasai kemahiran pengajaran di bilik darjah tetapi juga berkeupayaan menjadi pengurus yang berkesan ketika mengendalikan program/ aktiviti kokurikulum di sekolah.

​

Matlamat Pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan. Program/aktiviti kokurikulum dapat membentuk dan memupuk kemahiran kepemimpinan, semangat kesukarelawan dan kesukanan. Penglibatan pelajar dalam program/aktiviti kokurikulum boleh membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang demokratis, berakhlak mulia dan berdisiplin. Program/aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan lagi integrasi kaum bagi membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara, patriotisme dan masyarakat penyayang bagi merealisasikan 1Malaysia.

Email:

bottom of page